Click here to continue to website

Pengumuman - Pengesahan status halal JAKIM untuk restoran The Chicken Rice Shop



Memandang isu makanan halal menjadi perkara yang sangat sensitif kepada masyarakat Islam di negara kita masa kini, syarikat kami juga tidak terkecuali daripada permasalah tersebut. Kebelakangan ini syarikat kami dihujani dengan pelbagai soalan melalui media cetak dan media elektronik berkaitan status halal syarikat ini. 

Walaupun perkara ini adalah merupakan isu berbangkit, syarikat kami ingin menegaskan bahawa The Chicken Rice Shop memang adalah sebuah syarikat makanan halal yang telah mendapat pengesahan halal daripada Jakim sejak bulan April tahun 2005. Syarikat kami memang mempunyai hubungan yang baik dengan Jakim dan sentiasa mematuhi segala peraturan halal yang telah ditetapkan oleh Jakim dari masa ke semasa. 

Merujuk kepada beberapa artikel dari website yang kononnya syarikat ini tidak mendapat pengesahan halal dari Jakim, perlu dijelaskan disini bahawa persoalan ini telah diutarakan kepada pihak Jakim pada tahun 2003. Pada waktu itu syarikat kami telah pun mendapat sijil halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana restoran kami hanya beroperasi di negeri Selangor. Kekeliruan timbul apabila pihak Jakim memberi jawapan iaitu syarikat ini tidak pernah memohan sijil halal daripada Jakim walhal syarikat ini telah mendapat sijil halal daripada pihak JAIS. 

Walau bagaimana pun kekeliruan ini telah pun berjaya di atasi apabila syarikat kami mula memohon sijil halal Jakim serta berjaya memperolehi sijil tersebut beberapa bulan kemudian. Pihak Jakim sendiri telah pun mengemaskini segala data dan maklumat terkini didalam Website Jakim. Sila layari Website Jakim www.halaljakim.gov.my untuk mendapat kepastian tentang status halal syarikat kami. Terima kasih

Cara-cara carian maklumat dari website JAKIM adalah seperti berikut:
1) Klik > PENGGUNA 
2) Klik > DIRECTORY HALAL 
3) Senarai Direktori klik > SYARIKAT 
4) Maklumat carian taip > The Chicken Rice Shop ( taip nama penuh syarikat )
5) Klik > Premis Makanan

elazığ oto kiralama elazığ oto kiralama